Saturday, July 10, 2010

Life is not easy

Kali ni, Joe nak buat entry dlm bahasa m'sia lak. Dah lama x buat. Takut lupa diri.
Cakap tentang kehidupan dan warna2 yg menyerikannya,
x smuanya indah bagi semua orang.
Ada yang matanya terbuka sejak kecil terus melihat kemewahan,
ada yang terpaksa hidup dlm perit maung yg bukan dipinta.
Namun smua matlamat kehidupan ialah sama, iaitu berjaya dlm hidup.



Joe nak tumpukan pada mereka yg mpunyai kehidupan yg kurang bernasib baik sebabnya Joe pun bukan la orang yg hidup dlm kemewahan. Masa kecil2 lagi, mama slalu ckp, "kita orang miskin, mak xda apa2 yg boleh bagi Joe macam budak2 lain. Nanti bila Joe besar, Joe berjaya, Joe boleh dapatkan sendiri apa yang Joe maukan. Yang penting skarang ni mama nak tgk Joe rajin belajar, itu dah cukup."



Hidup ini xlah smudah yg org lain sangkakan. Usaha dan kecekalan itu seharusnya menjadi pedoman hidup. Dalam 2 tahun berada di tempat org, Joe mulai merasa betapa susahnya hidup sendiri. Duit kena jaga sendiri, bujet kena kawal. Tapi ini smua btul2 menjadikan diri Joe lebih matang. Sifat yg terlalu bergantung pada org lain hilang serta merta. Joe rela susahkan diri daripada susahkan org lain, sbbnya, Joe tau, biar lah Joe sakit2 dahulu, senang2 kemudian.
Jalan hidup setiap org berbeza, dan apa yg kita buat sekarang lah yg menjadi penentu masa depan kita. Biar lah org pandang hina pada kemiskinan kita, jijik untuk berkawan dengan kita. Yang penting kita ikhlas pada setiap org wlaupon org x hargai kita.

Soal hidup, kita sendiri tentukan. Sebab itulah, kita kena tetap dgn pendirian kita. Biar apa kata org, asalkan kita sedar diri kita ni siapa. Material dan kemewahan hidup x kekal. Tapi itu lah yg kita kejar, Joe pon begitu. Tapi xda benda yg dtg melayang maupun bergolek kalau kita x berusaha gigih. klau hanya mau senang, baik x payah buat apa2. Kalau ambil jalan mudah ataupun jalan kotor, sedarlah akibatnya nanti. Skarang mungkin bukan masanya utk sedar kerana menyesal bukan selalunya dahulu.



Kat sini, Joe nak bagitau kat smua rakan2 ataupon sesapa saja yg mungkin mengalami nasib yg sama. Jgn mudah putus asa, biar kita terluka sekarang, jgn kita merana kemudian. Smua manusia mempunyai peluang yg sama, Tuhan maha adil dlm smuanya. Jangan mudah percaya pada mobiliti sosial yg singkat. Sebaliknya berusaha lebih. Bila sudah berjaya, jgn lupa pula pada yg susah, bantulah sekiranya mampu. Asal usul sendiri kena pegang, sejarah silam seharusnya menjadi sempadan kehidupan agar x silap lagi. Biarlah kita membuat kesilapan pada mulanya, sbb ianya akan mjadi pengajaran pada tindakan seterusnya.

P/s: Blog ini ditujukan kepada insan2 yang pernah memberi semangat pada diri ini secara langsung ataupun secara x langsung. Terima kasih. Everybody needs inspiration. You're my inspiration.


*Minum lah susu soya sambil membaca blog ini*

4 comments:

  1. ye, betul tu joe.. bukan semua kita boleh dapat dengan senang. Kalau dapat dengan senang, kita takkan hargainya.. nak dapat apa yang kita nak, kena berpada dan berusaha. along belajar semua ni bila niaga karipap kecil-kecilan dulu... sejak itu, baru hargai duit sikit(wlupun tak dapat manage dengan baik seperti yang sepatutnya)

    ReplyDelete
  2. kalau manusia serba boleh, kan senang hidup

    ReplyDelete
  3. hehe.. betul2.. sume tu "kalau"...

    ReplyDelete
  4. Hari ni ada orang kata kat Joe, "dun try to solve the world's problem" sebab ianya xkan selesai... ~~ Lain lah next time if Joe jadi Perdana Menteri..

    ReplyDelete